Gee


Sewaktu cuti Hari Raya Cina baru-baru ini, saya dan keluarga banyak menghabiskan masa duduk di rumah. Tidak saya nafikan ada ketika saya berasa bosan :) Bermain dengan kucing, membersihkan rumah dan menghadap tv. Saya membelek majalah dan buku-buku lama dan terjumpa buku-buku resepi lama. Timbul keinginan mencubanya. Saya memilih dua resipi yang lebih kurang sama cara masakannya untuk dicuba iaitu Telur Gulung Fortune dan Cottage Pie.

Hasilnya agak mengkagumkan bagi saya yang pertama kali mencubanya hehe.. Apatah lagi bila suami dan anak2 suka.

Sesiapa yang ingin mencuba, ini ialah bahan-bahan untuk Fortune Egg Roll :-

- 6 biji telur ayam,
- 300 gm isi daging ayam,
- 2 sudu besar sayuran (seperti carot, kacang hijau pea, jagong yang boleh didapati
di kebanyakan pasaraya),
- 3 biji bawang merah } tumbuk atau blender
- 1 biji bawang putih }
- 1 sudu besar tepung jagung,
- 1 biji lada merah - dihiris
- sedikit lada sulah,
- sedikit daun bawang - dihiris halus,
- perasa dan garam secukupnya.

Cara-caranya:-

1. Pecahkan telur, masukkan lada sulah dan garam secukup rasa. Pukul hingga kembang dan bahagi kepada 2 bahagian. Goreng telur seperti telur dadar dengan membiarkan di sebelah atas separuh masak.

2. Kisar isi ayam. Uli, masukkan tepung jagung sedikit demi sedikit. Baling2 isi ayam dalam bekas untuk memampatkannya. Masukkan sayuran, lada merah, daun bawang, perasa dan garam. Bahagikan adunan ini kepada 2 bahagian.

3. Panaskan microwave atau oven dengan suhu tinggi selama 6 minit.
Letakkan adunan di atas bahagian separuh masak telur dadar dan gulung.

4. Masukkan kedua-dua telur gulung yang telah siap ke dalam microwave dengan suhu sederhana selama 15 minit.


5. Keluarkan adunan dan balikkan. Tutup adunan dengan plastik tahan gelombang dan masak lagi selama 5 minit dengan suhu sederhana.


6. Hidang bersama sos cili atau air asam.


Macam real jer heheheh.. Saya postkan di sini bahan2 dan cara masakan berdasarkan ingatan. Tidak tiru dari buku resepi. Amat mudah! Apa2 pun selamat mencuba!.

Saya ingin mengucapkan terima kasih tidak terhingga kepada rakan dan juga ex boss saya, Eta kerana memberi ide dan pendapatnya mengenai masakan pai. Katanya pai yang paling enak ialah Cottage Pie atau Shepherd's Pie. Mula2nya bila dengar nama pie tu mcm gerun je. Ala2 keinggerisan hehe. Rupa2nya begitu mudah membuatnya dan memang sedap!

Cottage Pie ialah Pai berasaskan daging lembu, manakala Shepherd's Pie berasaskan daging kambing (lamb). Maaf, saya tidak dapat menyenaraikan bahan2nya terperinci. Tapi u all boleh dapatkannya di Google dengan mudah.


1. Bahan2 untuk membuat kentang lenyek (mashed potato) ialah 6 biji kentang, susu segar, 2 sudu mayonis dan 2 sudu mentega. Kentang direbus bersama sedikit garam. Setelah masak dilenyek dan dicampurkan dengan susu segar, mayonis dan mentega.

2. Manakala bahan2 untuk isinya ialah daging kisar (minced beef) - (boleh juga guna daging lebihan masakan terutama di waktu2 perayaan), pati dating, sayuran seperti kacang pea, karot dan jagung, daun bawang, lada merah, 3 biji bawang besar dipotong dadu dan sebiji bawang putih (hancurkan), serbuk oregano, kepingan keju/parmesan/morzarella, perasa dan garam secukupnya. Boleh ditambah serbuk kari jika mahu.


3. Goreng bawang hingga harum. Diikuti dengan daging hancur. Masukkan sayuran dan bahan2 yang lain.


4. Sapukan sedikit mentega dalam acuan. Tuang masakan daging hancur. Mampatkan.
Tuang kentang lenyek di atas daging hancur yang telah dimampatkan.

5. Masukkan ke dalam oven dengan suhu sederhana selama 20 minit. Keluarkan masakan dan taburkan kepingan keju atau parmesan atau morzarella - ikut citarasa. Masak lagi untuk selama 5 minit.


Kalau suka u all boleh guna pastri sebagai kulit pai.



Labels: edit post
Reactions: 
0 Responses