Gee


Pada 6 Julai, aku dan famili berkunjung ke Medan buat pertama kali dengan penerbangan AirAsia. Cuak jugak untuk ke luar negara memandangkan wabak H1N1 yang begitu cepat menular ke serata dunia. Namun kami gagahi ke sana sbb anak2 dah excited.


HARI PERTAMA 06/07/09

Bertolak ke LCCT jam 3 pagi. Hubby sempat shopping perfume dan rokok di kedai bebas cukai sebelum berlepas. Anak2 & anak sedara ku bergambar di dpn pesawat.. (kena kejar you sbb peraturan
mmg tak boleh memotret area lapangan terbang hehe)

Pendek cerita kami sebenarnya 'redah' je ke Medan tanpa plan atau
ambik pakej travel agency. Bygkan wajah2 kami bila 1st time tiba diPolonia Airport hihi.. Blur seblurnya!.. Berebut2 org di airport nak angkat beg2 kami. Boleh duga mrk nak tips. Hmm tolong hantar 3 beg ke kereta dgn troli, dia nak RM17! Byr je la..Lps tu tak tau nak ke mana. Agak bernasib baik jumpa dgn sorang paman ni yg intro supir bernama Alam Shah. Dia la yg jd pemandu pelancong kami sepanjang 6 hari berada di Medan.

Kami terus ke Berastagi dan
check in hotel Grand Mutiara. Sepanjang perjalanan kami lalui byk kedai makan yg terang2
menu utamanya Babi Panggang atau Babi Kichap!



Selepas checked in, kami menikmati lunch dikedai makan muslim. Murah Bangat sih! hehe Kemudian, kami dibawa ke Pasar Buah Berastagi.

Sebelum bershopping kami menaiki kuda2 yg bnyk
disediakan mengelilingi Pasar Buah.
Selepas mengeringkan poket dgn memborong baju2 dan brg souvenir kami balik ke hotel, keletihan.







Sblh mlm kami dibawa mkn malam di
pekanBerastagi. Aku order ikan nila goreng (ikan talapia). Dihidang sekali dgn ulam pucuk ubi.. Slurrpp!


HARI KEDUA 07/07/09

Esoknya kami ke Danau Toba. Mengambil masa lebih kurang 4 jam perjalanan dari Berastagi. Dalam perjalanan kami singgah melihat tradisi perkahwinan kaum batak toba yang beragama kristian. Suami dan anak sempat bergambar bersama pasangan pengantin.

Kami juga dibawa ke kawasan lereng bukit yang menampakkan keindahan air terjun Sipisu-pisu ..

Pemandangan tasik danau toba dari jauh.. yang sukar dilupakan.. TErlalu indah ciptaan Tuhan ini untuk diucapkan dengan kata-kata..


Muzium ikan mas yg boleh didapati dalam perjalanan ke Danau Toba.

Pak Alam Shah kata, ianya dibina sbb Tasik Danau Toba bnyk didiami ikan mas. Tidak pulak aku bertanya dia samada muzium ni masih digunakan atau tidak.. Oh yer, ikan mas ni aku rasa dipanggil ikan merah di Malaysia.. tak pasti.. Rasa ikan mcm 'bertanah', mcm ikan patin.. Namun kalau kena gaya masak mmg best!





Di Parapat, kami bertemu dengan sekumpulan tentera indonesia yg sdg menjalani latihan. Suami begitu teruja dpt beramah mesra dgn mrk sbb suami pun tentera jugak. Sempat mereka bertukar-tukar cenderahati!


Tiba pada pukul 5 ptg. Kami menginap di hotel Siantar, Permatang Siantar, Parapat yg betol2 terletak di pinggir tasik. Kami menikmati makanan nasi padang pd jam 6 ptg bersama tentera kenalan baru suami. Tak byk aktiviti yg dpt kami buat sbb hujan renyai. Lg pun hari dah beransur malam. Hajat nak berkaraoke pun hilang sbb kepenatan..
























Hotel Siantar, Parapat


HARI KETIGA - 08/07/09

Bertolak ke Pulau Samosir dengan menaiki feri. Dpt kami saksikan beberapa penyelam kanak2 yg
berlumba-lumba menangkap duit syiling yg dilemparkan ke laut.

Terdapat ramai penjaja jalanan yg menjual makanan spt mi, nasi dan telur rebus di dalam feri. Aku leka mendengar dendangan lunak nyanyian kanak2 di tingkat 2 feri. Tidak dinafikan suara mereka mmg hebat! Suami menghulurkan sedikit derma setiap orang dan bergambar bersama mrk..







Ini lah feri yg membawa kami menuju pulau Samosir.




Anak2 bergambar di hadapan signboard Toledo Inn yg kami duduki.
IMG_0139A.jpg picture by rozzy_gee_photos


Pokok 'Trumpet' byk didapati di sana..

Gambar kenangan bersama suami di hadapan hotel yg menghadap tasik danau kota..


Slps check in, kami mkn tgh hari di waktu petang hehe.. Terdapat gambar monalisa hisap marijuana di kedai bamboo ni... Unik.. (Akan dilampirkan)








Selesai menyantap, kami shopping ala kadar dan balik ke hotel untuk bersiap2 menaiki speed boat yg membawa kami bersiar2 sekitar tasik Danau Toba..

IMG_0154A.jpg picture by rozzy_gee_photos

Posing bersama anak bujang ku sementara menunggu bot tiba..


Batu Gantung yang terkenal dengan kisahnya,
dimana PARAPAT mendapat namanya.
Seorang perempuan cantik yg meminta dirinya dihimpit (diRAPATkan) batu kerana kecewa apabila bakal dikahwinkan dengan lelaki pilihan ibubapanya.


Kami pulang ke hotel lebih kurang jam 7 mlm waktu indonesia.

Sebelum pulang ke Medan, keesokan harinya kami mengambil kesempatan mandi manda di tasik..







HARI KEEMPAT - 09/07/09

Perjalanan kembali ke daerah Medan mengambil masa sehingga 7 jam. Suami sempat singgah di kem latihan tentera sahabatnya untuk mengambil gambar kenangan bersama pemerintah di situ.


Gambar kami sekeluarga (without me larr)

Sempat kami singgah ke kawasan peninggalan sejarah raja batak, iaitu Raja Sialagan.
Diceritakan bagaimana raja menghukum pesalah dengan meleraikan kepala dari tubuh pesalah. Mereka disiksa terlebih dahulu dgn tidak memberi makan dlm 7 hari, slps itu tubuh di hiris2 dan dipasung. Darahnya diminum raja supaya kekuatan pesalah boleh dimilikki raja. Manakala organ dalaman di makan mentah.



Anak saudaraku bergambar di takhta Raja Sialagan.
IMG_0205.jpg picture by rozzy_gee_photos

HARI KELIMA & KEENAM (10-11/07/09)

Selama 2 hari kami menginap di Hotel Antares. Tak byk aktiviti yg dpt aku buat di sini selain menyopping, menghabiskan sen-sen yg ada hehe.. Kami diserbu oleh penjaja kecil bila ke Pasar Ikan. Nama je pasar ikan.. tp penuh dgn kedai kain, kedai souvenir dan hasil tangan. Mrk tak jemu2 mengekori kami di sepnjg jalan, yg bestnya suami melayan mrk dgn penuh minat sampai duduk di tepi jalan berborak dgn mrk! hahahaha!

Hari terakhir, aku dan suami lepak di cafe hotel sambil melayari internet di handphone kami menggunakan wifi hotel.Ada lagi gambar2 menarik yg tak dapat disertakan sbb snapped menggunakan telefon bimbit. Mungkin jika masa mengizinkan, akan ku update lagi post ni. :)


Labels: , edit post
Reactions: 
5 Responses
  1. Siti Says:

    Amboi Gee...kan main seronok berjalan ek?Kucing2 sapa jaga?Akak since da ramai ni, tak berjalan jauh lebih dari 2 hari sebab dlm kepala dok pikirkan depa sume. Depa tu sume ngada2 sgt, air minum n makanan kena fresh pasal tu tak leh jalan jauh2.


  2. Gee Says:

    hehe.. shakali2 kak.. kalau bleh nak pi lagi, gold coast ke, macao ke ekekekekek.. tp tgk fulus la jugak.. prob jenjalan ni susah cr halal food uhuk!. Psl anak bulus?.. apa lg kak post ke kampong la gamaknya hahahah!.. mmg sedey la sbb cara penjagaan takut x sama mcm gee jaga.. tmbh2 sblum melancong, gee hntr sekor ke Vet sbb dia tak aktif. Rupa2nya teruk tgn dgn ponggong dia kena bisul nanah. Vet clean that area, kikis bulu dia. Dah nmpk botak motot dier hehe.. Vet ckp kalau luka bisul tak leh baik in 2 weeks, kena buat minor operation. Alhamdulillah.. masa balik dr Medan tu, tgk luka dah healed dgn baik.. Dah gemuk dah dia.. tp gee masih isolate dia sbb dah paham dia ni very fragile, tak boleh campo dgn kucing2 lain. Dia paling lemah kena buli..


  3. Anonymous Says:

    ada no contact bapak alam shah x di medan?hajat nak ke medan pd 4-7 jun 2010?kami x ambk pakej so harap dapat bantu


  4. arif Says:

    menarik cerita anda ............nak mintak tolong lah boleh kasia no tel bapak alam shah tu tak.......n kalau boleh gi berapa jumlah upah nak di beri kepada dia .....tolong email d zmohamad@iffco.com


  5. DearCats Says:

    mintak maaf.. ada beberapa org dah tanya psl no. tel bapak alam shah tu.. sebenarnya no tel dia dah ilang sbb kami guna prepaid line indonesia.. bila smpai malaysia, terbuang prepaid tu.. bukan saya.. suami saya :p