Gee
Salam pagi Rabu, My Diary.

Kali ni entri buat Beeha. - Hari ni Ma nak catit dalam diary yg Nabeeha dapat sakit beguk@begok semalam. Patotla 2-3 hari sebelum tu asyik demam dan merengek terutama waktu malam. Bukan Beeha je tak tido, Ma pun sama sbb cuba memahami kenapa Beeha mcm tu.

Photobucket



Ma ingat Beeha nak tumbuh gigi lagi. Dulu Beeha mcm tu la.. buat Ma tak tido malam asyik demam tak sudah. Dah ke klinik pun Beeha tak kebah demamnya.. Rupanya Beeha nak tumbuh gigi. Terkejut Ma tengok, dalam usia 16 bulan, gigi Beeha dah tumbuh hampir semua kecuali gigi taring. Pada hal sebelum tu gigi Beeha tumbuh berperingkat - 2 btg bwh.. lps tu 4 btg di atas.

Pihak Nursery sms Ma masa mama di ofis ptg semalam - bg tau Beeha kena begok. Ma terpegun sbb seingat Ma, Ma dan abg2 Beeha tak penah kena.  Maaf la, Ma x tau nk ubat penyakit begok ni. Ayh yg bercuti sebulan bg tau Ma dia berlari pegi ke kedai beli nila dan cuka. (Tgk tu, pengorbanan ayah. Beeha ingat tau! :) Yg Ma tau, kalau org kena begok ni, ada kaler biru2 kat tempat sakit tu..

Subuh td Ma dan Ayh buat keputusan hntr Beeha ke klinik sbb x tahan tgk Beeha merengek. Sebelum ke klinik Ayh drop abg Ewan ke sekolah. Ma selawat, baca ayat kursi dan cium dahi abg Ewan. Ma pesan dgn abg sebelum masuk dewan peperiksaan mulakan langkah kanan dan selawat nabi dulu. Moga abg berjaya dlm SPMnya nanti.

Beeha tido nyenyak dlm keta sepanjang jalan. Ma tau Beeha mcm 'cover' balik tido mlm tadi yg x nyenyak. Ma pun err tido sama hehehe..  Ayh pun bercerita, katanya perkataan Beguk tu jadi dari perkataan Bengkak Beruk. Ma kerut kening. Ayh kata, cuba tgk kalau beruk makan. Pipi beruk akan bengkak sebelah sbb beruk simpan makanan tu di pipi. Perkataan Bengkak Beruk tu lama2 jd la perkataan beguk je.. Logik? Mcm make sense eh Beeha?

Bila sampai, Ma tatang Beeha supaya Beeha sambung tido tp Beeha terus celik mata. :) Anak pompuan Ma ni mmg baik orgnya. Dpn doc, cukup bekerjasama. Tak mrh atau buat hal sbb demam. Mata Beeha ikut je mana muncung stethoscope doc letak.  Ma cuba ambik gambar tp x smpi hati tgk anak Ma yg x ceria dan sememeh..

Keluar klinik, mcm biasa kita singgah kedai mamak sebelah klinik tu.. breakfast. Beeha x nk mkn. Ayh mkn mihun, Ma mkn roti telor dgn kari kaki ayam..

Dm keta, masa Ayh hntr Ma ke ofis (Yeayyy! Ma x drive hr ni! ) Beeha mula buat hal. Cuit radio, kutip syiling, main wiper. Dan yg plg Ma x suka, Beeha nak duduk dgn Ayh. Beeha kena paham Ayh nk drive keta, bahaya kalau Beeha ganggu Ayh. Ma x bagi, Beeha nangis. Masa tiba bangunan ofis Ma, Ma cium pipi Beeha dan cium tgn Ayh. Beeha jgn nakal2 ye? Jgn kacau Ayh drive.. Jap lg Ma sms Nursery supaya mrk take extra care kt Beeha.

Ok la.. Dah pukul 9.30 pagi. Ma nk sambung keja ni.

Update : 28/11/10

dah 6 hari tp beguk Beeha tak susut lg :(
Labels: edit post
Reactions: 
2 Responses
  1. armouris Says:

    lagi info tentang beguk di SIHAT SELALU - Gejala dan Rawatan Beguk


  2. .::Gee::. Says:

    Tkasih sgt2 psl bg link tu armouris!.. It does really open my eyes.. :)