Gee
Seorang sahabat baru je balik bertugas setelah cuti sakit selama 2 minggu angkara demam denggi. Malah ketika suami mendapatkan rawatan demam di hospital selayang baru-baru ni, doktor check darah. Bila di tanya mengapa, jawapnya, 'dengue attack'. Kata sahabat, lepas admitted pihak hospital akan maklum pada jab kesihatan untuk membuat fogging di kawasan terbabit. Silap haribulan, kena denda. RM50 untuk seko anak nyamuk, boleh?.. Ada pakcik tu bg tau dia, dia kena saman RM300 sbb jumpa 6 ekow anak denggi kat rumah dia..

cecair serai wangi


Memang sejak akhir2 ni banyak nyamuk di kawasan rumah saya. Dari perbualan dengan rakan2.. berikut beberapa perkara yg akan kami cuba lakukan bagi menjauhi unggas hampeh ni :

Hapuskan anak nyamuk
Anak nyamuk tak tau? jentik2 la. Tempat dia menternak mesti yg berair, antaranya:
  • Bekas letak bunga hidup,
  • Air dalam baldi yg 2 hari tak berusik - baldi dah ditelangkupkan tapi tau tak ada sedikit air di keliling bibir baldi yg dah kita telangkup tu pun dia boleh jadi kawasan menternak..
  • Toilet bowl - sbb dah byk bilik air kan? takkan nak guna semua bilik air :) Moralnya tutup la toilet bowl tu kalau tak digunakan..
  • Sampah kat luar tu, nak kena tengok jugak. Kdg2 kotak air minuman yg lekuk sikit dan berair pun jadi tempat dia menternak.

Sembur racun serangga. 

Saya guna spray racun serangga tu ok la kejap, tapi lepas sejam, ada balik. Pandai betul unggas ni menyorok. Mati kutu dibuatnya, sbb kutu pun tak mati. *apa daa* Untuk anak2 bulu yg dlm rumah kucing kat luar tu saya spray ubat nyamuk jenis water-based. KEsian betul, kdg2 nak je duduk kat luar rumah halau nyamuk untuk depa..  

Pasang Net  di tingkap

Ni kena fulus lebih. Tp untuk kesihatan apa lah salahnya kan? fikirkan anak2 kita tu..

Pasang kelambu

Kuno? no komen hehe..  Mak saya di kampung masih pakai. Sebelah rumah, kebun getah ehmmm nyamuk situ jenis singa. Kalau kami blk kpg, mmg wajib.. kena ketit .. kompem dpt hadiah bintik2 merah!.. Nk guna kelambu tak sanggup, pasang je lingkaran ubat nyamuk 4 penjuru. Bangun pagi rambut pun bau ubat nyamuk..

Serai Wangi (Citronella)

Ha yang ni saya belum cuba.  Petang ni nak cari kat Tesco Selayang sbb pernah nampak ada dijual kat situ.  Bukan pokok serai, tapi cecair serai wangi dan lilin serai wangi. Kalau rumah yg ada tanam pokok ni ok la. Kalau mrk yg tinggal flet 14 tingkat mcm mana?.. Nyamuk pun pandai naik lif tauuu!!
Labels: edit post
Reactions: 
0 Responses