Gee
Terima call abah petang semalam, disamping bertanya khabar abah berpesan supaya jika sihat tubuh badan berpuasalah pada hari Selasa ni, 16 Nov - puasa hari Arafah.

Terima kasih buat abah yang sentiasa mengingatkan kepada anakmu ini yang sering alpa..

Photobucket

Marilah kita bersama-sama merebut pahala puasa hari Arafah ni. Kita (yang tidak menunaikan haji) digalakkan berpuasa (sunat muakkad) pada 9 Zulhijjah, hari Arafah yang istimewa berdasarkan hadis berikut:

Hadis riwat Imam Muslim -
  • Dari Abu Qatadah, Rasulullah S.A.W telah ditanya mengenai puasa hari Arafah (9 Zulhijjah) maka jawab Rasulullah S.A.W yang bermaksud : Dikaffarah(diampun dosa) setahun lalu dan setahun akan datang. (inilah yang saya maksudkan menghapuskan dosa dua tahun :)
  • Dari Aisyah r.a. - Rasulullah s.a.w. bersabda; "Tidak ada suatu hari dimana Allah Taala paling banyak membebaskan hambaNya dari Neraka selain dari hari Arafah (9 Zulhijjah)." (Sahih Muslim)

Kepada mereka yang mengerjakan wukuf di Arafah pula, merujuk hadis Riwayat Imam Ahmad dan Ibnu Majah:

  • Dari Abu Hurairah r.a. berkata Rasulullah s.a.w telah melarang berpuasa pada hari Arafah di padang Arafah.
  • Rasulullah s.a.w. bersabda: "Sesungguhnya Allah SWT. memuji mereka yang sedang wukuf di Arafah kepada penduduk langit dan berkata kepada mereka : " Lihatlah kepada hamba-hamba-Ku yang datang kepada-Ku.".(Riwayat Ahmad)
Labels: edit post
Reactions: 
0 Responses