Gee
Tik tok tik tok.. akhirnya tiba lah waktu yang ditunggu kamu berjuang menempuh hari yang sebenar, anakku. Esok, bermulalah saat dan tikanya. Mama dan guru2mu tak mampu membantu mu lagi. Hanya doa dan ingatan mama iringi. Semoga dengan tenang dan dipermudahkan Allah kamu dapat menjawap soalan2 yang terbentang nanti dengan mudah..

Sedar lah wahai anakku, kamu kini berada di penghujung persekolahan, di hujung pembelajaran. Hanya kamu yang mampu merobah dan mencorak masa depanmu.  Usah kamu gemuruh, usah kamu cemas dengan apa yg bakal berlaku.  Hadapi lah ia dengan kalimah Bismillah..



Mama tidak mengharapkan sebarang balasan mahupun ganjaran dari kamu wahai anakku. Cukuplah jika kamu mampu mengorak langkah sendiri dan berjaya mengharungi segalanya dengan tabah.  Sesungguhnya anakku, dengan usaha dan iman yg kukuh, kamu takkan mudah goyah.. percayalah.. :)
Labels: edit post
Reactions: