Gee
Ini catitan buat Beeha, harap bila Beeha dah memahami dan matang, Beeha baca la diari mama ni ye?


Baik betul anak dara mama ni bila naik monorel menuju ke Low Yat plaza.


Dah sampai destinasi, bila turun dari jejantas pejalan kaki.. godaan pertama Beeha datang dari joker ni..


lepas tu kepala Beeha dah 360 darjah..

syurga dunia Beeha.. 
Harga toys yang diperagakan di situ antara RM50 - RM20..  Dah mama bela kucing, so Beeha tak boleh lari dari bayangan kucing..

akhirnya pilih kucing mew mew..

Di hadapan pintu masuk plaza low yat,  ayah junjung Beeha supaya dapat pukul belon yg di gantung atas pokok..

anak ayah mmg berani
Dah dlm plaza.. kita makan duluuuuuuuuuu!  Kita singgah di Gold Bee Apiary restoran. Mama dan ayah pilih lauk yg sama supaya jimat masa..

Lauk Nyonya Fish Sambal Rice dengan air Wild Honey - RM9.90 per set

Macam biasa, Beeha ni peramah orangnya. Kalau ke mana jua Beeha akan di sapa siapa saja. Masa merewang dlm plaza, Beeha cuba speaking dgn auntie omputeh..


Beeha berjaya speaking dgn auntie laa siap cium tangan lagi..

Sementara tunggu ayah merewang dekat kaunter2 yg ada.. mama kena ikut mana Beeha pegi tapi dari jauh la.. sebab perangai Beeha ni kalau Mama dekat dgn Beeha, Beeha lari jauh sebab Beeha ingat mama nak main kejar-kejar. Dah berapa kali Beeha ajak mama exercise. Semput tau..  

Dari tepi Mama nampak Beeha berkenalan dengan seseorang. Beeha asyik nak salam dgn dia. Mama pun datang dekat..


patut la kenalan Beeha ni tak bagi respon.. iskk
Mama memang penat sangat. Dengan orang ramai. Tapi ayah buat tak tau selagi hajatnya untuk ganti casing Bekberry dia tak tercapai. Bila mama ajak ayah balik. ayah mcm tak dengar je, tapi bila tengok Beeha mcm ni baru ayah ajak balik

Beeha tunjuk perasaan ke?  Sampai duduk atas lantai..
*bagus anak mama ni sbb paham perasaan mama*

Oleh kerana dah tak larat nak berjalan, ayah dukung Beeha.

nampak Beeha letih..
Sebelum naik monorel ayah singgah kat tempat org turki jual ice cream..

Beeha suka berdikari. Tak bagi kami suap, biar Beeha makan sendiri.. 
Kita balik dah dekat pukul 6 masa tu.. Beeha tidur atas bahu mama dalam kereta. Mama pun tak larat nak snap gambar Beeha tido sbb mama pun tertidur sekali.. :)

Untuk pengetahuan Beeha, tiap minggu mama dan ayah bawak Beeha jalan2. Kalau malas atau penat sekali pun, ayah dan mama mmg dah berjanji akan habiskan masa bawak Beeha jalan2 walaupun ke kedai mamak atau ke pasar. 5 hari Beeha di nursery, hantar 7 pagi, bila  mama dan ayah balik kerja (selalunya lepas maghrib), Beeha dah tidur. Kalau tak mama dan ayah habiskan waktu bersama Beeha di hujung minggu, agaknya Beeha tak kenal dan tak sayang kami kan?



Labels: edit post
Reactions: 
2 Responses
  1. BUNGA Says:

    wah.. sungguh peramah beeha ni ye..
    macam anak auntie yg sulung jugak.. :)


  2. AQisH Says:

    comelnyaaa beeha!!